Pakar sahkan rakyat Malaysia belanjakan hampir 10 Billion di bazar Ramadan sahaja

Pakar sahkan rakyat Malaysia belanjakan hampir 10 Billion di bazar Ramadan sahaja.Ada yang melihat bazar Ramadan sebagai pusat pembaziran, malah tidak mendatangkan keuntungan kepada banyak pihak.

Tanpa disedari ramai, bazar Ramadan turut memainkan peranan dalam menjana ekonomi, bukan sekadar peniaganya, bahkan rantaian perniagaan berkenaan serta negara.

Berapa jumlah yang dijana, siapa yang memperoleh manfaat dan mengapa orang Melayu gemar berbelanja sepanjang Ramadan?

Ikuti wawancara pakar ekonomi PROF EMERITUS DR BARJOYAI BARDAI bersama Pengarang Berita NAZARALI SAERIL.

Ramadan bulan menjana ekonomi ummah?/b>

Ada beberapa perspektif tentang penjanaan ekonomi ummah.

a. Pada Ramadan, permintaan pengguna meningkat untuk barang barang khusus.

Ia seperti makanan istimewa untuk berbuka bagi keluarga yang mempunyai resipi peninggalan warisan, pakaian raya bagi yang pandai menjahit, tempahan barangan dan makanan, perhiasan, lemang, rendang, wajek, dodol, kerja pembersihan rumah, mengecat dan lain-lain.

Yang penting ahli keluarga ada upaya untuk menawarkan perkhidmatan dan boleh cuba memasarkannya secara fizikal di rumah, bazar Ramadan atau secara dalam talian.

b. Inilah masanya mereka yang ada kelebihan harta, wang dan rezeki akan melakukan infak, sumbangan dan zakat yang boleh diagih kepada kumpulan yang memerlukan.

c. Bagi yang mampu berwakaf, ini adalah masa terbaik mewakafkan wang atau harta kerana Allah SWT menjanjikan pulangan yang berganda.

Faedah wakaf ini boleh dinikmati banyak kumpulan yang memerlukan.

d. Jika kita ingin memulakan projek penggembelingan dana dan kekayaan umat Islam, Ramadan adalah masa yang terbaik bila persekitaran dan insentif untuk menyumbang memang besar.

Ribuan bazar Ramadan bertebaran di seluruh negara tak kira besar atau kecil. Anggaran penjanaan ekonomi sepanjang sebulan bazar dibuka?

Anggaran keluarga Islam di Malaysia ialah 7.5 juta. Jika setiap keluarga berbelanja secara purata RM10 hingga RM20 sehari untuk berbuka, moreh dan sahur, sejumlah RM75 juta dibelanjakan sehari.

Untuk 27 hari perbelanjaan isi rumah untuk bazar Ramadan, ia mencecah RM2.25 hingga RM4.05 bilion.

‘Pesta’ berbuka puasa di restoran dan hotel juga menjadi budaya kita dengan membawa ahli keluarga dan menjemput rakan ke majlis ini.

Kos bufet Ramadan kita antara RM50 hingga RM200 satu kepala.

Jika 500,000 umat Islam berbuka di Bufet Ramadan setiap hari untuk 20 hari sepanjang Ramadan, jumlah dibelanjakan mencecah RM5 bilion.

Bufet Ramadan ini lebih banyak di adakan di hotel besar berbanding dengan restoran bintang tiga atau empat bintang.

Oleh itu, mungkin peniaga Bumiputera kurang terlibat.

Ini belum mengambil kira pakaian raya. Jika lima juta keluarga dengan isi rumah empat orang membeli sepasang baju raya seorang pada kos RM60 seorang, jumlah perbelanjaan ialah RM1.2 bilion.

Lain-lain perhiasan rumah, jika ada sejuta orang membeli perkakas rumah pada harga RM500 bagi sebuah rumah, jumlahnya ialah RM2.5 bilion.

Kos kuih raya untuk 7.5 juta keluarga Islam dianggarkan RM200 setiap rumah, jumlahnya RM1.5 bilion.

Lemang, ketupat, rendang dan dodol mungkin melibatkan RM100 lagi bagi setiap keluarga, jumlahnya RM750 juta.

Ditambah lagi ada pesta rumah terbuka di sepanjang Syawal dan dilajakkan sehingga ke Zulkaedah.

Jika ada 500,000 keluarga Muslim yang mengadakan pesta rumah terbuka dengan kos RM2,000 hingga RM5,000 seorang, sejumlah RM1 bilion dibelanjakan untuk sambutan rumah terbuka.

Jadi, kemungkinan, minimum jumlah permintaan berkesan bagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri akan menjangkau lebih daripada RM10 bilion sepanjang sebulan.

Rantaian ekonomi daripada ‘hidupnya’ semula bazar Ramadan turut memberi kesan kepada peniaga kecil beroperasi di rumah, IKS dan banyak lagi khasnya membabitkan Bumiputera.

Dulu, keluarga yang ada resipi dan bakat istimewa akan menerima tempahan kuih-muih, makanan, baju raya dan banyak lagi barangan daripada orang tengah yang akan dipasarkan di bazar Ramadan.

Ada juga syarikat kecil dan sederhana yang akan mengatur mengambil tempahan daripada suri rumah dan akan membeli secara pukal satu jumlah besar untuk Ramadan dan Aidilfitri.

Mereka kemudian akan melakukan pembungkusan dan memasarkan melalui pelabelan serta dan kotak yang cantik, promosi selain pengiklanan.

Syarikat ini kemudian menjual kepada pemborong yang akan membawanya ke ceruk rantau bagi memasarkannya kepada peruncit.

Pelanggan-pelanggan akhirnya akan mendapatkan keluaran daripada peruncit pada harga yang jauh lebih tinggi, sehingga lebih sekali ganda.

Kualiti barang pun kurang segar kerana telah mengalami rantaian perjalanan dari suri rumah ke kedai runcit, hypermarket dan supermarket.

Kini, suri rumah mempunyai kaedah alternatif untuk memasar barangan keluaran mereka.

Mereka boleh membuat pembungkusan sendiri dan melabel dengan cantik sebelum dijual secara atas talian melalui media sosial malah aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Apa yang perlu ialah mereka menggunakan kumpulan gig-economics membuat penghantaran dari rumah ke rumah.

Pembayaran boleh di buat semata penghantaran atau masuk terus ke akaun bank sebelum penghantaran.

Ini akan membolehkan suri rumah mendapat margin untung yang lebih tinggi dan berupaya memberi potongan harga yang bersesuaian kepada kumpulan pelanggan yang kurang berkeupayaan misalnya.

Ketika ini, jika dilihat di mana-mana, sebahagian besar peniaga Bumiputera membabitkan generasi muda, termasuk yang berusia belasan tahun. Janaan ekonomi golongan muda ini amat besar memandangkan mereka punya tarikan sendiri dalam pasaran.

Ada lebih 700,000 kumpulan penganggur dalam kalangan lepasan sekolah, kolej dan universiti.

Belia dan remaja ini tiada pengalaman bekerja tetapi sangat berharap untuk mendapat pekerjaan bagi memulakan kerjaya hidup mereka.

Kerajaan bertekad untuk menggalakkan mereka masuk ke dalam bidang perniagaan dan kemahiran professional.

Mereka mungkin boleh mencari sesuatu keistimewaan warisan keluarga yang boleh diketengah dan dimajukan. Kekangannya ialah modal dan pengalaman berniaga.

Mereka memerlukan bimbingan dan memerlukan modal.

Perniagaan kecil di sepanjang Ramadan boleh menjadi peluang untuk mereka menimba pengalaman berniaga.

Perniagaan pada Ramadan juga dilihat lebih mudah kerana pasaran yang tersedia dan kuasa beli pengguna yang besar.

Tiada sekatan buka bazar Ramadan tahun ini, SOP akan diumumkan nanti - PM -  Semasa | mStar

Kumpulan ini perlu didedahkan kaedah membangun idea baru perniagaan iaitu pitching process.

Mereka juga perlu didedahkan dengan kaedah pembiayaan yang lebih inovatif seperti cowd funding yang menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan mereka dan keluaran mereka.

Crowd funding boleh menjadi gergaji dua mata yang boleh dimanfaatkan – boleh dilakukan dalam kempen perniagaan – promosi melibatkan jemputan melabur dan juga penerimaan tempahan barangan keluaran.

Apa yang penting ditekankan ialah peniaga Ramadan dalam kalangan kumpulan belia dan suri rumah ini tidak boleh berhenti berniaga selepas Aidilfitri.

Mereka perlu menggunakan momentum usaha perniagaan yang baik sepanjang Ramadan untuk meneruskan usaha dijalankan.

Ini akan meneruskan strategi pengembangan perniagaan.

Sebahagian besar pendapatan sepanjang Ramadan juga perlu disimpan untuk menyambung perniagaan pada bulan seterusnya.

Orang Melayu khasnya, tidak lokek untuk berbelanja sepanjang Ramadan. Ditambah pula dengan pelbagai sumber kewangan yang ada di tangan seperti gaji, pengeluaran khas KWSP selain bonus. Pro dan kontranya.

Sudah menjadi tradisi sejak berdekad di Malaysia bahawa Ramadan dan Syawal akan disambut dengan cukup meriah pada setiap tahun, adakalanya terlajak hingga ke Zulkaedah – hari raya masih di sambut dengan pesta rumah terbuka.

Keluarga Muslim sangat pemurah dan agak boros berbelanja sepanjang Ramadan dan untuk sambutan Aidilfitri, mungkin kerana beranggapan, perbelanjaan pada Ramadan ini akan mendapat ganjaran berganda.

Ada juga yang melihat hari raya sebagai climax atau matlamat hidup tahunan bagi melepaskan geram selepas berhempas pulas bekerja dan berjimat selama setahun.

Jadi segelintirnya akan berbelanja mengikut selera dan nafsu bila ada sumber kewangan untuk memaksimumkan kebahagiaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

BACA:

Aizat Amdan dah mula berani tayang muka kekasih

Fara Fauzana mohon untuk jadi pengasuh anak Mizz Nina, sekali ini yang jadi

Pengeluaran khas: KWSP beri penjelasan persoalan ada status kelayakan