Pafa pecat 11 ahli gabungan

Pafa pecat 11 ahli gabungan

Pafa pecat 11 ahli gabungan.Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat dua keputusan besar yang menggegarkan persatuan itu hari ini.

Pemangku Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamed dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, 11 ahli gabungan yang merancang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam masa terdekat digugurkan keahlian daripada persatuan itu secara serta merta.

Beliau juga mengumumkan penjualan 100 peratus saham Pafa dalam Perak FC kepada Impact Media Communications Sdn. Bhd.

Memetik laporan utusan Ketika ditanya berapakah nilai penjualan saham tersebut, Mohammad Yadzan bagaimanapun enggan mendedahkan.

Tindakan memecat ahli gabungan itu diambil berikutan perlanggaran perlembagaan artikel 80 mengenai keahlian yang mana mengikut peraturan itu, tiada ahli gabungan boleh menjadi ahli dua persatuan.

Datuk Mohammad Yadzan Mohamed

Sebelum ini, sebanyak 12 daripada 18 ahli gabungan Pafa mendesak supaya mengadakan kongres luar biasa.

Mereka adalah Persatuan Bola Sepak (PB) Perak Tengah, Tapah, Kampar, Gerik, Lenggong, Hulu Perak, Kampung Gajah, Ipoh, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kerian dan PB Melayu Perak.

Hilir Perak bagaimanapun tidak menjadi ahli gabungan Melayu Perak, oleh yang demikian mereka tidak dipecat.

Kini Pafa hanya mempunyai tujuh ahli gabungan iaitu Majlis India Perak, Teluk Intan, Bagan Datuk, Pengkalan Hulu, Tanjung Malim, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.

Pafa tidak punyai jalan lain melainkan memecat 11 ahli itu kerana melanggar perlembagaan.

Sementara kemelut kewangan Pafa berakhir dengan penjualan semua saham kepada Impact Media Communication (IMC) Sdn. Bhd

“Pafa melangkau sasaran FAM dengan menjual 100 peratus saham Pafa kepada syarikat ini tahun ini juga, kita tidak tunggu 2023 lagi.

“Kini segala urusan akan dikendalikan oleh IMC,” katanya

BACa: Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri

COMMENTS