Ordinan baru diluluskan bawah darurat beri kuasa kepada PM guna dana kerajaan tanpa lalui legislatif

Ordinan baru diluluskan bawah darurat beri kuasa kepada PM guna dana kerajaan tanpa lalui legislatif

Satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.

Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

Parlimen dan semua sidang DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu menerusi proklamasi darurat.

Sepanjang tempoh itu, cabang eksekutif boleh meluluskan undang-undang baru dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui legislatif.

Dalam reaksi segera, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata eksekutif “menghukum” Parlimen dan kini boleh meluaskan perbelanjaan tanpa kelulusan rakyat.

Apa yang lebih buruk, kata bekas Menteri Kewangan itu, undang-undang baru itu menyatakan kerajaan pesekutuan boleh meluluskan perbelanjaan tambahan dengan kelulusan Perbendaharaan Negara, yang menurutnya berada di bawah Menteri Kewangan yang tidak diundi rakyat.

“Ini menunjukkan mengapa Parlimen penting dan perlu dibuka. Tiada sebab untuk tidak berbuat demikian,” katanya kepada Malaysiakini.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/568878

 

COMMENTS