Orang ramai teruja lihat ‘king’ atas treler, nampak macam kereta peronda polis

Orang ramai teruja lihat ‘king’ atas treler, nampak macam kereta peronda polis.

Orang ramai teruja lihat ‘king’ atas treler, nampak macam kereta peronda polis

Nampaknya permintaan orang ramai seperti ‘terjawab’, apabila beberapa buah Myvi dengan livery Polis pada bahagian badan kereta mula kelihatan oleh orang ramai pada minggu lalu.

Dalam satu video awal yang tular, ada seorang pengguna TikTok @zaki_ahmad03 merakam di sebalik pagar ‘Myvi Polis’ itu baru sahaja turun daripada lori treler kereta. Sewaktu video itu dizum lebih dekat, jelas kelihatan pelekat decal livery berwarna biru, kuning dan hijau. Turut kelihatan logo dan perkataan POLIS pada sisi pintu kereta.

Orang ramai teruja lihat 'king' atas treler, nampak macam kereta peronda polis

Dalam video kedua yang dimuat naik oleh TikTok @infodashcam pula kelihatan tiga buah ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler kereta yang sedang berhenti tepi jalan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja apabila melihat kereta-kereta tersebut. Nyata mereka selepas ini Polis dapat membanteras penjenayah lebih cepat dengan ‘kemampuan’ yang ada pada kereta hatchback itu.

Setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Myvi Polis’ yang kini mula menjadi bualan warganet.

Bagaimanapun ada netizen tidak menolak Myvi itu digunakan sebagai kenderaan ‘Polis Bantuan’ di kilang Perodua, memandangkan terdapat pelekat decal logo Perodua pada sisi pintu penumpang dan bonet belakang kereta.

@infodashcam #fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok ♬ original sound – Info Dashcam

BACA:

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 : Ini senarai golongan yang layak

Ismail Leon sudah pandai 2 bahasa, Rihana tanya patut ke ajar bahasa ketiga?

Ibu Shuib bagi hint? Muat naik gambar bersama Wan Sharmila