Oldtown White Coffee miliki sijil halal JAKIM, dakwaan mi kari ada daging babi tidak benar

Oldtown White Coffee miliki sijil halal JAKIM, dakwaan mi kari ada daging babi tidak benar

Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka.

Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OLDTOWN White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.

Untuk makluman juga, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar.

Sumber : https://sebenarnya.my/dakwaan-mi-kari-oldtown-white-coffee-tidak-halal-adalah-tidak-benar/

COMMENTS