Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU

Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU

Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU.Dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam di sini sebentar tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Oktovia atau nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)


Efsan merupakan bekas pemain bola sepak untuk kelab Melaka United.

Terdahulu, Oktovia yang cukup dikenali menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.

Oktovia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor.

BACA: Datuk Osman Sapian meninggal dunia

COMMENTS