Norhizam sah bertanding calon bebas

Norhizam sah bertanding calon bebas

Norhizam sah bertanding calon bebas.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan bertanding tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Norhizam pada Sabtu menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRN Melaka yang bakal berlangsung 20 November ini.

PRN Melaka : Norhizam umum bertanding bebas
Norhizam Hassan Baktee

Norhizam berkata, beliau kekal bebas tanpa menjadi ahli parti politik sehingga kini.

Sebelum ini beliau tidak dicalonkan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

Hasrat untuk bertanding atas tiket PH dikatakan ditolak rakan parti PKR, termasuk DAP yang tidak mahu menerima Norhizam yang sebelum ini bersama parti itu sebagai calon PRN Melaka.

 

BACA:Tiga Hari Cucu Hilang, Akhirnya Dijumpai Bawah Timbunan Kain Tak Berlipat

COMMENTS