Noorkumalasari buka mulut tentang Anita Sarawak buat semua terkedu

Noorkumalasari buka mulut tentang Anita Sarawak buat semua terkedu. Kehilangan penyanyi Anita Sarawak yang membawa diri ke luar negara sejak 2011 terus menjadi tanda tanya sehinggakan adiknya sendiri iaitu pelakon Noorkumalasari sudah terputus hubungan dengannya.

Noorkumalasari atau mesra disapa Noor, 66, berkata, dia sebenarnya lebih senang tidak mengetahui keadaan kakaknya itu memandangkan Anita memilih untuk menjauhkan diri.

“Maaflah… tiada berita. No news is a good news. Saya ambil pendekatan begitu. Dia pun tidak ada berhubung dengan saya sejak sekian lama. Dia hanya menghubungi kakak sulung kami kerana tahu saya dekat dengan media di sini.

“Saya pun suka apabila dia tidak berkirim khabar. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menipu atau rasa bersalah jika ditanya mengenainya.

“Mungkin juga dia tidak mahu saya berada dalam situasi sebegitu,” katanya kepada mStar.

Noorkumalasari buka mulut tentang Anita Sarawak buat semua terkedu

Noor ditemui ketika sesi forum bertajuk Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? diadakan pada Isnin bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program tersebut merupakan anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Wartawan & Penulis Malaysia (WHAM) sebagai acara sampingan Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Sementara itu, Noor menafikan khabar angin yang heboh diperkatakan sebelum ini tentang kesihatan Anita sehingga ia menjadi punca penyanyi itu menyepi.

“Ada juga dengar cerita itu tapi ia hanya khabar angin sahaja. Kakak kami maklumkan keadaannya sihat.

Saya pun suka apabila dia tidak berkirim khabar.

“Saya yakin jika Anita atau suaminya sakit, Anita pasti akan maklumkan kepada kakak kerana mereka sering berhubung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noor tidak terfikir untuk menjejak keberadaan Anita kerana bimbang kehadirannya nanti tidak diterima kakaknya itu.

Malah anak kepada pasangan pelakon Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum ini juga berharap Anita tidak memberi layanan buruk jika ada mana-mana pihak yang ingin bertemu dengannya.

“Saya takut kecewa jika berusaha mencari dia kerana sebelum ini pernah berlaku apabila seorang wartawan Malaysia cuba menjejakinya tetapi seolah-olah dia tidak mahu bertemu.

“Bagi saya jika ada orang ingin berjumpa tidak ada masalah. Meskipun tanpa sebarang berita di media, boleh sahaja dia kongsi khabar,” jelasnya.

Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.

BACA:

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi

“Penyokong Pas sampai kata nak membunuh..” – Anwar

Tepung beras rupanya ada 5 jenis fungsi berbeza, jangan tertukar pulak