Ning Baizura nyahaktifkan akaun Facebook kerana digodam dengan paparan lucah

Ning Baizura nyahaktifkan akaun Facebook kerana digodam dengan paparan lucah

Ning Baizura nyahaktifkan akaun Facebook kerana digodam dengan paparan lucah.Gara-gara digodam dengan paparan lucah, penyanyi Ning Baizura terpaksa menutup kedua-dua akaun Facebooknya, peribadi dan laman peminat bagi mengelakkan salah faham orang ramai.

Biarpun berat untuk membuat keputusan yang dianggap sukar, tindakan segera perlu diambil memandangkan sudah seminggu platform media sosialnya itu diambil alih individu tidak bertanggungjawab.

“Kepada sahabat-sahabat dan peminat. Saya kini menutup dan memadam akaun Facebook saya termasuklah akaun peribadi dan Fanpage (laman peminat).

“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi saya terpaksa. Akaun saya digodam sejak hampir seminggu lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Mereka memuatnaik kandungan lucah termasuk gambar, video Dan link lucah di FB Story saya sekali lagi hari ini (semalam). Tolong jangan lagi ‘follow’ dan laporkan akaun FB Fanpage ini (Ning.Baizura),” katanya.

PEMBERITAHUAN Ning tentang penutupan akaun Facebooknya.


Terdahulu, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu berdepan isu penggodam laman media sosialnya sejak pertengahan bulan September namun menyangka situasi tersebut hanya bersifat sementara.

Situasi menjadi seolah-olah sukar dikawal walaupun sudah berulang kali Ning memuat naik status meminta pengikut dan peminatnya mengajukan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pemilik nama sebenar Ning Baizura Sheikh Hamzah, 45, itu mengakui dirinya tewas kepada penggodam namun tetap seorang ‘survivor’ dan menegaskan perlu meneruskan hidup seperti biasa.

“Selamat tinggal Facebook, buat masa sekarang. Saya akan kongsikan perkembangan terbaru dan langkah seterusnya di sini.

“Rasanya, saya perlu buang segala toksik dan tenaga negatif untuk meneruskan kehidupan. Saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah di sebalik pelbagai dugaan.

“Insya-Allah, Allah sayangkan saya dan akan membawa saya menuju jalan yang terbaik. Terima kasih atas sokongan semua yang tidak pernah berhenti,” tulisnya lagi.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun itu mengingatkan orang ramai serta pengikutnya supaya membuat laporan mengenai akaun tersebut.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/01/digodam-dengan-paparan-lucah-ning-nyahaktifkan-akaun-facebook/

BACA: Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

COMMENTS