Niat nak kongsi lagu baru, lain pula yang netizen perasan dekat belakang tu

Niat nak kongsi lagu baru, lain pula yang netizen perasan dekat belakang tu. Penyanyi rap terkenal, Sonaone menarik perhatian netizen apabila video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya memperlihatkan sebalang ‘gelas kaca’ berwarna hijau di rak belakang ketika penyanyi itu memberi teaser lagu yang bakal dikeluarkan olehnya.

Gelas hijau apa dekat belakang tu?

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sonaone di TikTok, penyanyi rap berusia 34 tahun itu difahamkan mahu mengeluarkan lagu baru bersama seorang penyanyi rap yang lain. Namun, siapakah penyanyi yang bakal berduet dengannya itu masih menjadi tanda tanya.

Niat nak kongsi lagu baru, lain pula yang netizen perasan dekat belakang tu

Saya ada new record bersama artis baru dan penyanyi rap yang baru.

Walau bagaimanapun, terdapat warganet yang teruja untuk mendengar lagu yang bakal dikeluarkan tersebut, namun ada juga di antara mereka yang tertarik dengan ‘gelas kaca’ berwarna hijau yang berada di rak belakang.

Walaupun tidak jelas kelihatan, rata-rata netizen mendakwa ianya mungkin ‘gelas kaca’ yang menjadi peranti penapisan untuk digunakan menghisap bahan herba atau tembakau.

Video penuh

‘Dia ingat kita tak perasan lah tu’

@itssonaoneADUH♬ original sound – itssonaone

BACA:

Isteri tenang saat suami diserang kekasih, “Kuat betul semangat!”

6 kesalahan “cicit nabi” ini undang kemarahan orang ramai!

Polis buktikan ketangkasan mereka selesaikan kes culik warga Palestine