Netizen terus bongkar aktiviti ‘Urusan Kerja’ Neelofa di Langkawi…

Netizen terus bongkar aktiviti ‘Urusan Kerja’ Neelofa di Langkawi…

Setiap gerak-geri yang dilakukan usahawan dan selebriti popular Neelofa, pasti menjadi bualan ramai termasuk sepanjang berada Pulau Langkawi atas urusan kerja.

Terbaru, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik video di InstaStory dipercayai sedang melakukan aktiviti jet ski bersama suaminya Haris Ismail turut mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi beberapa rakaman video tersebut, suara wanita dipercayai Neelofa itu menunggang jet ski yang dipandu suaminya sambil merakam keindahan alam semula jadi di lokasi berkenaan.

Seakan-akan tidak berpuas hati, terdapat segelintir warganet mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan memuat naik tangkapan skrin video tersebut.

Masih angkuh kongsi gambar ‘travel’?

Malah, terdapat juga individu seolah-olah memerli selain bersangka baik bahawa Neelofa mungkin akan membuka cawangan produk minuman Chatime di atas laut.

 

 

Sumber:https://ohmymedia.cc/chatime-tengah-laut-pula-naik-jet-ski-netizen-dakwa-neelofa-angkuh/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20Media

COMMENTS