Netizen ternganga dengar gadis cantik nyanyi lagu Casablanca, “confident tu penting”

Netizen ternganga dengar gadis cantik nyanyi lagu Casablanca, “confident tu penting”. Lagu yang kian popular nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang bertemakan ala-ala Arab itu telah mendapat perhatian ramai kerana melodi dan liriknya yang menarik.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video viral ini apabila seorang gadis cuba untuk menyanyikan lagu Casablanca telah membuatkan netizen terdiam dan terkedu selepas mendengar suaranya.

Malah, lagu tersebut telah berjaya menjadi tumpuan para pendengar di Indonesia.

Ramai yang tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu itu dengan lenggok dan gaya tersendiri.

Tidak dinafikan, gadis tersebut memang cantik sambil menunjukkan inai yang dipakainya. Namun, sebaik saja dia menyanyikan lagu itu, ramai terdiam kerana suaranya yang sumbang.

Netizen ternganga dengar gadis cantik nyanyi lagu Casablanca, "confident tu penting"

Malah, ramai yang tidak sangka dia akan menyanyi kerana mereka ingat dia ingin membuat tutorial tudung yang dipakai ala-ala Arab itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayazureimy, kelihatan gadis itu sedang berangan di depan kamera sambil memasang lagu Casablanca.

“Mula-mula tengok, SubhanAllah cantiknya. Sekali buka mulut MashaAllah hahaha. Saya suka bakat terpendam macam ni, tapi lebih baik awak pendam je” – Netizen

@yayazureimy Okay kita try feeling arabic vibes ft Innai Nunha 💅 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viralvideo #viraltiktok #innainunha #innailofa #nuhabahrin #casablanca #covercasablanca #arabtiktok #arabic #nunha ♬ original sound – yayazureimy

BACA:

Genneva Gold : Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok

Bakal disaman oleh bekas suami Emilia Hanafi, ini respon Mona Din