Netizen tegur Ustazah Oki, nasihat adik ipar yang buat adegan mesra

Netizen tegur Ustazah Oki, nasihat adik ipar yang buat adegan mesra. Kalau masih ingat, tahun lalu seorang YouTuber dari negara jiran Indonesia menjadi bualan ramai selepas mengadakan beberapa majlis sempena penyatuan bersama pasangan dengan cukup meriah serta turut ditayangkan live di TV. Malah kini, Ria Ricis yang juga adik bongsu kepada Ustazah Oki Setiana Dewi hanya menunggu masa untuk melahirkan zuriat sulungnya.

Kami tegur kerana kami peduli

Namun terbaru, nama pasangan tersebut kembali disebut ramai apabila tersebar satu sedutan rakaman sewaktu si suami iaitu Teuku Ryan dilihat berlakon dalam sebuah sinetron. Mana taknya, antara adegan-adegan tersebut memperlihatkan lelaki berkenaan telah pun memeluk seorang lagi perempuan yang turut muncul dalam drama sama.

Syaratnya tak boleh pegang, rangkul apalagi k*ss…Walaupun cuma acting

Netizen tegur Ustazah Oki, nasihat adik ipar yang buat adegan mesra

Mana taknya, ketika di awal perkahwinan Ria Ricis pernah menegaskan tentang suaminya itu boleh saja masuk ke dunia hiburan juga namun perlu jaga batas-batas pergaulan. Menerusi portal Hot Detik, YouTuber itu memaklumkan segala adegan viral berkenaan telah dilihatnya secara langsung di set penggambaran. Malah jelasnya, pekerjaan lelaki tersebut sama sekali tidak menolak ajaran agama.

Intinya hati-hatilah kalau nak bercakap, bersembunyi di sebalik kata profesional kerja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan respon yang diberikan oleh Ria Ricis. Dalam pada itu, ramai yang berharap wanita tersebut juga tidak terlalu serabut memandangkan bakal beranak tak lama lagi.

@jokoh90 #tiktokfyp masih menunggu nasehat uma @okisetianadewi_official #ingat kami tegur karna kami peduli🙏#fouryoupage #masukberandafyp #fypdongggggggg #tiktokfyp #fypシ #CapCut ♬ suara asli – Dodi Ferdieansyah

BACA:

Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan

Ramai kecewa dengan reaksi Syamsul Yusof bila ditanya tentang Ira Kazar

Filem Mat Kilau dijangka cecah kutipan RM60 juta