Netizen meluat tengok Dai Syed dan isteri kerap tayang gelagat ‘sweet’

Netizen meluat tengok Dai Syed dan isteri kerap tayang gelagat ‘sweet’. Seperti yang diketahui ramai, pendakwah bebas Da’i Syed telah memilih pengacara Hana Ismail sebagai suri hati dalam kehidupannya.

Ada novel sendiri

Terbaharu, Syed mendedahkan dia dan Hana akan mengeluarkan sebuah novel hasil karya sendiri yang mengisahkan tentang perjalanan hubungan mereka sebelum berkahwin.

Netizen meluat tengok Dai Syed dan isteri kerap tayang gelagat 'sweet'

Menerusi hantaran di Instagram Stories, pendakwah sensasi yang berumur 27 tahun itu memberitahu novel tersebut berjudul 7 Hari Istikharahku.

Dalam hantaran lain, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail berkongsi video yang memaparkan Hana sedang menangis ketika berkongsi kisah cinta mereka sambil dipujuk oleh suami tersayang.

Malu itu perlu

Bagaimanapun, kerap sangat menayang aksi romantis kepada umum telah menimbulkan rasa ‘meluat’ dalam kalangan warganet.

Ada netizen yang melabel Syed dan Hana sebagai ‘terpaling kahwin’ di samping menggesa agar rakaman momen manis itu disimpan untuk tontonan peribadi.

Selain itu, pengguna media sosial juga menasihati pasangan pengantin baharu ini untuk tidak terlalu beria menayang kebahagiaan kerana masih dalam fasa awal perkahwinan.

Pada 3 Disember lalu, Syed dan Hana selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

@nxxrxxl_syuu99 Dulu ramai yang kecam dai syed,sekarang Alhamdulillah Allah bagi die seribu kebahagiaan bersama isteri die,walaupun die kenal x lama dengan isteri die🥰🥰semoga bahgia hingga ke jannah,Aamiin#fypシ #fypシ゚viral #daisyed #hanaalmauzah #istikharahku ♬ bunyi asal – Syuhadahaurashop

BACA:

Kini jadi rebutan, Luqman diburu dua Kelab Eropah

Rupanya ini cara mangsa terakhir tragedi Batang Kali ditemui, tak sangka

Buat pesta pula di rumah, Azhar Sulaiman akui penat nak jaga anak gadis