Netizen jadi “loading” tonton filem ‘Frontliner’

Netizen jadi “loading” tonton filem ‘Frontliner’

Netizen jadi “loading” tonton filem ‘Frontliner’.Baru sahaja menemui penonton di tayangan Netflix, filem Frontliner yang mengisahkan suka duka sewaktu awal-awal negara ‘diserang’ pandemik Covid-19 telah mendapat pelbagai maklum balas penonton.

Walaupun filem tersebut menuai pujian sesetengah pihak kerana menceritakan perihal pengorbanan barisan hadapan negara, namun ada juga yang melemparkan kritikan terhadap filem tersebut.

Pelik kenapa boleh macam tu.

@darryiskandarsila jawab kenapa ek ? #fyp #frontliner #netflix #dbannedtroops♬ original sound – darry iskandar 🍟

Antara respon yang diperoleh daripada penonton adalah adegan yang dilihat tidak masuk akal dan sedikit menjejaskan sudut teknikal filem berkenaan.

Hal ini dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @darryIskandar apabila memuat naik sedutan daripada filem Frontliner.

Menurutnya, adegan berkenaan harus diteliti dengan lebih lagi terutamanya tindakan menghulurkan makanan ke celah jeriji pintu sedangkan selepas itu jeriji pintu berkenaan dibuka luas.

Pelbagai komen diterima di ruangan TikTok @darry Iskandar yang rata-rata mengakui banyak adegan pelik ditonjolkan dalam filem berkenaan.

Mungkin saja nak buat jadi viral

Banyak sebenarnya scene tak masuk akal lagi

Netizen

Sumber: https://ohmymedia.cc/hulur-celah-jeriji-tapi-buka-pintu-netizen-pening-tonton-filem-frontliner/

BACA: Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

COMMENTS