Netizen dakwa Abang Viva dah pandai mengungkit sekarang

Netizen dakwa Abang Viva dah pandai mengungkit sekarang. Sebut sahaja nama Abang Viva, paling ramai sudah mengenali sosok tubuh seorang hero yang aktif membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Malaysia. Abang Viva mula dikenali selepas turun padang menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam pada Disember tahun lalu.

Namun baru-baru ini, nama Abang Viva kembali dipetik netizen dengan memohonnya untuk turun ke lokasi dilanda banjir seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini.

‘Saya dah kahwin, ada anak bini nak bagi makan’

Netizen dakwa Abang Viva dah pandai mengungkit sekarang

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung di media sosial, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menjawab tuduhan netizen mendakwa dia sudah tidak kelihatan di kawasan banjir. Bercerita mengenai perkara itu, Azwan memaklumkan bahawa tidak menerima sebarang elaun untuk membantu mangsa banjir malah perjalanannya ke Terengganu dan Kelantan sebelum ini untuk misi bantuan telah menelan belanja sebanyak RM1,000 dan kos tersebut ditanggungnya secara peribadi.

Banjir je saya sampai, banjir je saya sampai. Tapi masalahnya, modal kitaorang pakai sendiri. Hari itu pergi Terengganu, Kelantan semua pun saya seorang habiskan RM1000 tau untuk minyak dan tol je. Korang rasa? Kalau saya ni ada elaun tak apa, masalahnya kena fikir juga. Saya dah kahwin ada anak bini nak kena bagi makan.

Tambah Azwan lagi, dia perlu memberi penjelasan agar netizen faham dengan situasi yang dihadapinya dan tidak mempertikaikan keputusannya sama ada mahu turun padang dalam misi bantuan atau tidak.

Saya ni sukarelawan, bukannya kerja tetap saya. Orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak.

Meskipun telah menjelaskan perkara itu, sesetengah netizen beranggapan Azwan kini sudah ‘berubah’ sejak terkenal dan bergelar suami. Netizen turut mendakwa Azwan seakan mengungkit dan tidak ikhlas menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum ini. Namun ada juga yang faham dengan situasi Azwan yang kini sudah berkeluarga. Malah mereka tetap menyokong dan berterima kasih kepada Azwan atas bantuannya selama ini.

Komen netizen

@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral ♬ bunyi asal – Chai

BACA:

Banjir semakin buruk, mangsa di Terengganu meningkat lebih 37,000

Sup sayur ada jari manusia, hingga kini kekal misteri

Tragedi tanah runtuh : Keluarga masih berharap keajaiban