Netizen berdekah ketawa tengok gelagat budak pura- pura buat tak bersalah sepahkan bedak

Netizen berdekah ketawa tengok gelagat budak pura- pura buat tak bersalah sepahkan bedak

Setiap kanak-kanak yang nak membesar tu, mesti ada perangai atau ragam dia tersendiri. Ada yang manja, yang mengada, yang nakal, dan yang pandai berlakon pun ada.

Lain macam kan.

Seperti kisah yang nak dikongsi kali ini, tentang seorang budak yang tular di media sosial selepas pura-pura tidur lepas dah kantoi sepahkan bedak atas sofa.

Lain macam style dia tidur

Video ini telah dimuat naik semalam dan mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok . Kisah ini menunjukkan seorang budak kecil telah menumpahkan bedak di atas sofa neneknya. Takut kena marah, dia terus ‘tidur’ sebab tak mahu kena bebel dengan makcik dia.

Namun apa yang menarik, postur dia tidur memang stylo dengan tangan statik tak jatuh pun.

Mak Ngah sambung berleter, boleh pula jawab bila ditanya

Walaubagaimanapun makciknya yang membahasakan dirinya sebagai Mak Ngah, terus sambung berleter dekat budak kecil itu. Dia pun layankan saja drama budak itu sambil saja mengusik bertanya siapa yang main bedak kalau anak saudaranya itu sedang tidur.

@keropoklekormatrizzooo dah main bedak pura2 tdo♬ original sound – Keropok Lekor Matriz

Korang tengokla video ni, comel!

“Dalam hati mesti dah pikir cana nak settle“

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi kanak-kanak itu kerana dianggap comel.

Ada juga yang menyifatkan kanak-kanak itu sebagai ‘panjang akal’.

Sumber:https://lobakmerah.com/pandai-kau-berlakon-eh-dik-video-budak-pura-pura-tidur-lepas-sepahkan-bedak-atas-sofa-nenek/

COMMENTS