Neelofa terlentok di paha suami, netizen perasan sesuatu

Neelofa terlentok di paha suami, netizen perasan sesuatu. Neelofa lentok di peha Harris, peminat perasan sesuatu yang pelik. Pasangan selebriti popular iaitu Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatian orang ramai dengan gelagat ‘sweet’ mereka sebagai suami isteri.

Lentok kepala di paha

Terbaharu, menerusi video di TikTok, Haris dan Neelofa hadir ke majlis pelancaran Innai Nunha, baru-baru ini.

Neelofa terlentok di paha suami, netizen perasan sesuatu

Dalam rakaman itu, Haris mengadakan sesi berbual santai dengan tetamu yang hadir. Antara topik yang dibincangkan mengenai sifat dermawan ayahnya, Datuk Seri Ismail.

Bagaimanapun, apa yang menuai perhatian adalah Neelofa yang manis bersimpuh sambil melentok kepala di paha Haris atau dikenali sebagai PU Riz.

Untung pak ustaz

Semestinya, tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengundang pelbagai komen daripada warganet. Ada yang menyifatkan Neelofa dan Haris saling melengkapi antara satu sama lain.

Selain itu, peminat juga beranggapan bekas hos MeleTOP seorang wanita dan isteri yang bersifat manja.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

@seorangnur Bercinta sampai syurga ❤️ Moga Allah jaga kalian berdua 🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ original sound ✨ – Fadhilah Intan

BACA:

Guna cerek di hotel untuk masak ayam, sekali ini terjadi

Power akak ni, guna Excel je buat lukisan ini

Kabinet tanpa tali leher, perunding imej dedah maksud tersirat