Neelofa kecewa netizen sebar wajah bilal

Neelofa kecewa netizen sebar wajah bilal. Neelofa meluahkan rasa terkilan dengan tindakan warga maya menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal menerusi TikTok, baru-baru ini.

Neelofa berkata, dia tersinggung apabila tindakannya belum bersedia berkongsi wajah anaknya tetapi tidak dihormati segelintir pihak.

“Sebagai ibu, semestinya perkara itu menyinggung perasaan saya. Jika terserempak atau terjumpa Bilal di luar, takkan saya hendak menyorokkan mukanya pula.

“Namun, apabila ada yang memuat naik dan kongsi di media sosial, ia seperti tidak menghormati kehendak saya pula. Ibarat tindakan itu sudah melangkaui tindakan saya pula.

“Jadi semestinya saya terkilan, seharusnya mereka memberikan saya kesempatan sebagai seorang ibu yang melahirkannya untuk berkongsi wajah anak saya,” katanya.

Neelofa kecewa netizen sebar wajah bilal

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Next To Neelofa 2 di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Neelofa meminta diberikan sedikit ruang dan fokus tidak lagi diberikan terhadap anak lelakinya itu.

“Sudah banyak yang saya kongsikan mengenai Bilal. Rasanya cukuplah apa yang sudah berlaku dan sebagainya.

Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?

“Malah, saya juga akan bercuti dan melancong dalam tempoh terdekat. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

Program Next To Neelofa 2 bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria pada 22 Oktober ini jam 10 malam. Antara artis jemputan ialah Ziana Zain, Diana Amir, Datin Lisa Surihani, Tya Ariffin dan Datin Kartini.

BACA:

‘Buat baik dibalas baik’, pemuda menangis dihadiahkan laptop, ini kebaikannya

‘Esok aku tak nak tengok nasi lemak kat sini!’, maruah peniaga di hina sekali ini yang jadi

Bomba tanggalkan cincin pada kemaluan, ini yang sebenarnya lelaki ini cuba lakukan