Neelofa kantoikan nama kekasih Sufian Suhaimi

Neelofa kantoikan nama kekasih Sufian Suhaimi.Penyanyi, Sufian Suhaimi dilihat sedang bekerjasama dengan Neelofa dan PU Riz bagi menjayakan sebuah penggambaran baru-baru ini. Menerusi Instagram Live Neelofa, usahawan tersebut sempat menyakat Sufian.

Menerusi live tersebut, Neelofa sempat berseloroh dan menyatakan bahawa dia rela menyerah diri agar ditangkap oleh PU Riz. Pada masa yang sama, Neelofa turut menyakat Sufian mengenai ‘teman istimewa’ ketika waktu rehat. Awalnya, Neelofa terbaca satu komen netizen yang mahu dirinya ‘ditangkap’ polis Sufian juga.

Namun, Neelofa seakan memberi ‘hint’ bahawa pelantun suara ‘Di Matamu’ itu sudah dimiliki oleh seseorang. Walaupun cuba untuk menafikannya, Sufian dilihat ‘blushing’ apabila usikan tersebut turut didengari ramai krew penggambaran.

Neelofa kantoikan nama kekasih Sufian Suhaimi

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Neelofa yang dikatakan sangat lucu dan ‘nakal’. Dalam pada itu, netizen turut tertanya-tanya adakah usikan terhadap Sufian itu benar dan siapakah wanita bertuah yang telah menawan hati penyanyi itu.

@fb_innai_nunhanakal Tau sis lofa kita ni 😂

♬ original sound – stokis innai nunha

BACA:

Jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2022, mohon sekarang

Kapal layar mewah 39 meter karam di lautan