Nasi dagang viral Ini sebab pelanggan sanggup beratur sejam

Nasi dagang viral Ini sebab pelanggan sanggup beratur sejam

Nasi dagang viral Ini sebab pelanggan sanggup beratur sejam .Gerai nasi dagang adik-beradik tular kekal menerima sambutan luar biasa biarpun beroperasi di lokasi baru di Jalan Puncak Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Perkara itu terbukti apabila sebanyak 800 bungkus nasi berjaya dijual dalam tempoh dua jam bermula pukul 7.30 pagi tadi dengan pelanggan sanggup beratur sejauh 100 meter bagi menunggu giliran.

Seorang pelanggan, Mohd. Saiful Ad koli Abdullah, 36, berkata dia gembira dapat membeli nasi dagang berkenaan biarpun terpaksa beratur sejam dengan bayi lelakinya berusia lapan bulan, Mir Rayqal Eidlan.

Katanya, dia yang menetap di Bandar Seri Coalfields di sini tiba di kawasan gerai berkenaan sejak pukul 8 pagi.

BACA : Tular Netizen mahu Nana dan Shuib dijodohkan, ini respon nana
BACA: Kisah sedih P. Ramlee yang ramai tak tahu

“Saya mahu mencuba makanan popular itu selepas mengetahui ia tular sehingga terpaksa ditutup sebelum ini.

Nasi dagang viral Ini sebab pelanggan sanggup beratur sejam

“Syukur saya dapat membeli enam bungkus selepas mula beratur sambil membawa bayi di dalam ‘stroller’ (kereta sorong),” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Sementara itu, peniaga Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda itu, Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43, memberitahu, pihaknya menggunakan sebanyak 60 kilogram beras bagi menyediakan makanan tradisional Terengganu berkenaan.

 

Katanya, dia dan empat adik lelakinya membuat persiapan sejak semalam selepas beberapa hari menutup sementara gerai lama di Persiaran Alam Perdana.

Nasi dagang viral Ini sebab pelanggan sanggup beratur sejam

“Sejurus dicadangkan mengenai lokasi baru, kami bersetuju kembali beroperasi dengan turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk semua pelanggan.

“Selain membuat garisan beratur satu meter, kami menyediakan kupon khas bagi mengehadkan pembelian nasi supaya lebih adil kepada semua pihak,” katanya ketika ditemui di tapak gerai itu.

Jelas Muhammad Khairul Nizam yang pihaknya bersyukur segalanya berjalan lancar dan turut mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

“Niat kami adik beradik hanya mahu mencari rezeki untuk menampung kehidupan namun tidak mampu memenuhi kehendak semua pihak.

“Alhamdulillah, nasi dagang kami masih menerima sambutan baik pelanggan dan berharap keadaan itu berkekalan,” katanya.

BACA : Maya Karin Bakal Kahwin Dengan Ahli Politik Berpangkat Datuk?

COMMENTS