Nama Najib belum ada dalam senarai penjara? Menteri enggan ulas

Nama Najib belum ada dalam senarai penjara? Menteri enggan ulas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

“Sebelum ini ada tahu ke pangkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?

“Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar,” katanya menerusi sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara.

Nama Najib belum ada dalam senarai penjara? Menteri enggan ulas

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib, 69, dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu.

BACA:

Gagal jawab dua soalan matematik, guru denda murid hingga maut

Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada Polis, ini penyudahnya