Nak sahkan kematian jam 2 pagi sekali lain yang di jumpa

Nak sahkan kematian jam 2 pagi sekali lain yang di jumpa

Nak sahkan kematian jam 2 pagi sekali lain yang di jumpa.Setiap pekerjaan pasti ada risiko tersendiri yang harus ditanggung.

Sama ada membahayakan diri ataupun menganggu emosi, ia tetap satu dugaan yang harus ditempuh demi mencari rezeki.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang juga merupakan petugas kesihatan apabila memuat naik satu rakaman video memperlihatkan rakaman sosok pocong berdiri di tengah jalan.

Dalam ciapan yang dibuat oleh pengguna menggunakan nama akaun @mtbgaaa, dia memaklumkan kejadian yang dilalui oleh temannya sewaktu oncall sekitar jam 2 pagi.

sahkan

Pada masa itu, pihak mereka mendapat panggilan dari call centre berkenaan kematian seseorang dan perlu mengesahkan kematiannya.

Dia bersama pemandu ambulans bersiap dengan sut PPE untuk ke lokasi yang dinyatakan pada awal pagi tersebut.

Disebabkan ramai tetamu yang mulai menziarahi si mati, jadi ambulans sukar untuk masuk ke kawasan rumah kerana sudah ada kenderaan-kenderaan yang parkir di situ. Jadi, mereka memberhentikan ambulans agak jauh dari rumah namun masih kelihatan.

Tambah @mtbgaaa lagi, disebabkan pemandu ambulans jenis ‘hati kering’, dia terus mengeluarkan telefon bimbit dan merakam penampakan tersebut sebelum terus masuk ke dalam rumah tanpa bercerita kepada sesiapa.

Namun, dalam perjalanan pulang, barulah dia menceritakan hal tersebut dan menunjukan rakaman yang berjaya diambil sebagai bukti cerita yang disampaikan.

BACA: TMJ hadiahkan Bunga, juadah buat MB Kedah

COMMENTS