Najib terima layanan VIP macam DSAI, ini jawapan padu DSAI

Najib terima layanan VIP macam DSAI, ini jawapan padu DSAI. Anwar jawab dakwaan terima layanan VIP dalam penjara, sama macam Najib. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pernah menerima layanan VIP di penjara, selain menasihatkan pengkritik supaya tidak membandingkan pemenjaraannya dengan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Katanya, penyokong Najib mendakwa bekas presiden Umno itu berhak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memandangkan Anwar juga diberikan layanan sama ketika menjalani hukuman penjara.

Anwar berkata, beliau hanya dihantar ke pusat rehabilitasi selepas menjalani hukuman 10 tahun di penjara terasing (solitary confinement). Katanya, beliau dibenar mendapat rawatan pakar selepas menjalani pembedahan besar di bahu.

“Jadi, jangan bandingkan (apa yang dialami Najib) dengan apa yang dialami Anwar. Sekiranya, beliau mahu dilayan sama, beliau perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dulu..kemudian baharu dibawa ke pusat rehabilitasi,” katanya pada sidang media di Kelab Wartawan

Anwar berkata, ketika dipenjara, beliau hanya tidur di lantai simen berminggu-minggu sebelum doktor menasihatkan bahawa beliau sepatutnya diberikan katil susulan keadaan tulang belakang.

Najib terima layanan VIP macam DSAI, ini jawapan padu DSAI

Presiden PKR bagaimanapun, berkata sekiranya doktor boleh menjelaskan keadaan dialami Najib dan beliau benar-benar tidak sihat, justeru, tiada isunya bagi dirinya berhubung pemindahan Najib ke hospital rehabilitasi.

Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah, pada April 1999 dan sembilan tahun, pada Ogos 2000 kerana meliwat. Beliau kemudian menjalani tiga tahun penjara selepas disabit sekali lagi meliwat sebelum mendapat pengampunan diraja, pada 2018.

Semalam, Jabatan Penjara berkata, Najib dipindahkan ke HRC, pada 19 Sept bagi mendapatkan rawatan dan pemerhatian.

Katanya, Najib dipindahkan ke HRC selepas dirujuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bekas perdana menteri itu akan dihantar kembali ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman selepas mendapat pelepasan daripada pakar dari HRC atau HKL.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, juga menafikan dakwaan berlegar di media sosial bahawa Najib diberi layanan istimewa.

BACA:

Penampilan Neelofa pakai tudung sarung di gelanggang futsal, lain macam gayanya

Keluarga Whitaker merupakan baka popular di Amerika, keturunan yang kahwin sama sendiri

Pemuda ini hilang ketika pandu jet ski, keluarga beri RM150,000 jika jumpa mangsa