Naik risau pulak bila tengok tangan Nabila Razali dengan MK tu, dekat pulak tu

Naik risau pulak bila tengok tangan Nabila Razali dengan MK tu, dekat pulak tu. Baru-baru ini, akaun Instagram milik Nabila Razali menjadi perhatian apabila penyanyi itu dilihat memadam semua fotonya dan memuat naik gambar memaparkan dia menggayakan gaun berwarna putih bersama seorang lelaki.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Nabila dilihat berdiri rapat berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan wajahnya.

Bagaimanapun, hari ini Nabila akhirnya berkongsikan gambar di Insta Story rupanya lelaki menggayakan seluar dan baju berwarna putih itu adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Naik risau pulak bila tengok tangan Nabila Razali dengan MK tu, dekat pulak tu

Di laman Twitter, rata-rata netizen seolah tidak terkejut dengan perkongsian Nabila itu sebaliknya berasa ‘muak’ serta mendakwa ia hanyalah gimik semata-mata apabila muncul dengan lagu baru.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai, ada netizen mempersoalkan posisi kedua-dua tangan Nabila yang terlalu rapat dengan bahagian sulit MK.

BACA:

Hubungan dengan Watie, Shuib akhirnya bersuara

Senarai penuh kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia

SplashMania : Taman tema air dibuka Januari 2023