Naik kereta F1 atas lebuhraya, kini diburu polis

Naik kereta F1 atas lebuhraya, kini diburu polis. Sebuah kereta Formula 1 dikesan di memecut dengan laju sepanjang lebuhraya D4 di Republik Czech dan video rakaman aksi pemandu berkenaan menjadi tular di media sosial.

Jentera F1 berkenaan dipercayai pernah dipandu oleh Juara Dunia 7 Kali, Michael Schumacher pada musim Grand Prix 2004.

Jentera F1 tersebut dilihat pecut keluar “highway” dari Prague di Republik Czech dan menuju ke kawasan sempadan, berhampiran Jerman

Difahamkan, memandu kenderaan tersebut adalah diharamkan di lebuhraya Repulik Czech dan kini polis sedang menyiasat kejadian tersebut yang sebelum ini juga pernah berlaku pada tahun 2019.

Memetik The Sun, pemilik kenderaan tersebut telah berjaya dikesan namum dia menafikan memandu jentera tersebut di lebuhraya seperti yang tular di media sosial.

Naik kereta F1 atas lebuhraya, kini diburu polis

Memandangkan polis tidak mempunyai bukti bahawa pemilik kenderaan tersebut adalah pemandu ketika kejadian kerana topi keledar yang dipakai telah melindungi identiti suspek, pertuduhan tidak boleh dikenakan kepadanya.

Ini bermakna pemandu berjaya ‘mengelak’ dari didenda ribuan pound serta lesen memandu ditarik selama setahun.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang pemuda memandu laju kereta F1 di atas laluan lebuhraya di Czech.

Rata-rata pengguna di Twitter menganggap klip video tersebut satu perkara yang lucu kerana tindakan berani suspek memandu kereta F1 miliknya di atas jalan raya.

BACA:

Wanita ini dedah taktik ‘founder’ tiba-tiba jadi kaya, produk pun orang tak kenal

Penghuni apartmen terkejut kehadiran makhluk tanpa kepala

Ini tip bila nak ambil kereta baru, elok bawa 4 orang.. Ini sebabnya