Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku

Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku

Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku. Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.

“Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini.

Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku

“Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat.

Nad Zainal

“Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.

BACA:

Puteri Sarah mahu bertanding dalam PRU16

Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong

BN mohon tangguh lagi jumpa Agong