Nad Zainal akhirnya luah perasaan terhadap Ungku Ismail

Nad Zainal akhirnya luah perasaan terhadap Ungku Ismail. “Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz.”

Demikian kata pelakon Nad Zainal mengenai status hubungannya dengan pelakon itu ketika siaran langsung di TikTok, hari ini selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

Nad berkata, Ungku Ismail banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.

Nad Zainal akhirnya luah perasaan terhadap Ungku Ismail

“Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.

Menurut Nad, dia begitu terharu apabila ibu bapanya dan rakan-rakan tidak henti-henti bertanya khabar dan risaukan keadaan kesihatannya.

“Waktu sakit kawan-kawan terdekat begitu merisaukan keadaan kesihatan saya. Begitu juga dengan ahli keluarga.

“Keluarga saya sangat kuat. Walaupun saya anak yang degil tapi mereka tetap bersama saya.

“Sepanjang ditidurkan juga saya selalu terbayangkan wajah anak-anak dan ibu bapa saya,” katanya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

BACA:

Nasib malang wanita ini, dimakan hidup-hidup oleh jerung harimau

“Pulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa,” – Faisal Halim

Untung cecah RM7 juta setahun, tak sia-sia usahawan laksa ini gadai rantai emas masuk kelas Dr Azizan