MySejahtera beri penjelasan , pengguna diganggu emel, SMS palsu

MySejahtera beri penjelasan , pengguna diganggu emel, SMS palsu

MySejahtera beri penjelasan , pengguna diganggu emel, SMS palsu .Pasukan MySejahtera telah meningkatkan lagi tahap keselamatan aplikasi itu susulan berlakunya penyalahgunaan API (Application Programming Interface) bertujuan menghantar e-mel dan mesej teks palsu kepada pengguna.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan penghantaran emel dan SMS palsu itu bukanlah disebabkan kebocoran pada pangkalan data MySejahtera.

“Berikutan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, pasukan MySejahtera telah meningkatkan lagi tahap keselamatan aplikasi dan laman sesawang MySejahtera bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.

“Untuk makluman, buat masa ini aplikasi dan laman sesawang MySejahtera adalah di bawah kelolaan bersama KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” menurut kenyataan.

Sebelum ini, KKM menerima aduan melalui ‘helpdesk’ MySejahtera dan media sosial mengenai mesej OTP (One Time Password) yang diterima untuk mengesahkan nombor telefon pengguna bagi pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in dan emel spam.

“Di dalam laman sesawang MySejahtera, terdapat satu ciri atau fungsi pendaftaran MySejahtera Check-In untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

“Untuk melengkapkan permohonan tersebut, pemohon antara lain perlu memasukkan maklumat seperti alamat emel atau nombor telefon bagi mendapatkan OTP.”

Menurut KKM, fungsi permohonan Pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in dan ‘Need Help?’ telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghantar emel spam secara rawak.

“Sekiranya nombor telefon atau alamat emel yang dimasukkan secara rawak itu wujud, MySejahtera akan menghantar OTP kepada pemilik nombor telefon atau alamat emel bagi mengesahkan pendaftaran tersebut,” kata KKM.

Terdahulu, beberapa pengguna aplikasi itu membuat aduan mengatakan menerima SMS daripada 68088, kod pendek daripada MySejahtera, antara pukul 12 tengah malam Isnin, hingga awal pagi Selasa, meminta pengguna mengesahkan akaun mereka melalui OTP.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/20/pengguna-diganggu-emel-sms-palsu-mysejahtera-tingkat-keselamatan-aplikasi/

BACA: Perompak Tertidur Masa Pecah Masuk rumah

COMMENTS