Mujahid pertikai peruntukan KAFA, Tahfiz RM4 juta berbanding RM100 juta zaman PH

Mujahid pertikai peruntukan KAFA, Tahfiz RM4 juta berbanding RM100 juta zaman PH

Dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa sewaktu membahaskan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid membangkitkan persoalan kepada Menteri Agama berhubung peruntukan rendah yang diterima oleh sekolah-sekolah agama berbanding sebelum ini.

Menurut Mujahid, sewaktu era pentadbiran Pakatan Harapan RM 100 juta diperuntukkan untuk kebajikan dan pembangunan sekolah-sekolah agama seperti KAFA, Tahfiz, pondok dan lain-lain namun dalam belanjawan 2021 ini hanya RM 4 juta diperuntukkan.

Isu peruntukan kepada sekolah agama ini merupakan antara perkara yang diperjuangkan oleh pemimpin Amanah dalam belanjawan kali ini.

Kerajaan Pakatan Harapan dalam belanjawan 2020 yang lepas telah menaikkan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama ini sehingga RM 100 juta.

Sekolah-sekolah agama yang berdaftar dengan kerajaan ini dikatakan terjejas teruk dengan Covid-19 kerana majoriti sekolah tahfiz dan pondok tidak mempunyai dana khas untuk menampung pembangunan dan kos operasi mereka.

Sesetengahnya bergantung kepada kutipan yuran bulanan dan infak orang ramai. Penutupan sekolah kerana PKP dan kini PKPB memberi kesan secara langsung kepada sekolah-sekolah ini untuk meneruskan operasi mereka.

Sumber :

COMMENTS