Muhyiddin dedah Anwar tawarnya jadi TPM

Muhyiddin dedah Anwar tawarnya jadi TPM. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepadanya sekitar tahun 1990an.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu mendakwa tawaran itu dibuat ketika Anwar sedang berdepan krisis kepimpinan di antara beliau dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selepas dia bergaduh dengan Tun Mahathir atas sebab yang kita tahu, dan sebelum dipecat, dia kata kepada saya untuk sabar dan tunggu.

“Ini kerana pada ketika itu saya tidak berpuas hati dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selepas jadi Menteri Besar di Johor. Dia minta saya ‘tunggu’.

“Dia kata yang Tun Mahathir ketika itu akan letak jawatan dan dia akan jadi perdana menteri. Kemudian dia katakan yang saya akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri,” katanya.

Muhyiddin dedah Anwar tawarnya jadi TPM

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah PN Best Tambun, di Meru Raya dekat sini, malam tadi.

Selain itu, Muhyiddin mendakwa perkara itu juga pernah disebut Anwar kepadanya sewaktu beliau bersama-sama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) serta menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Apabila saya menjadi perdana menteri, dia membuat kunjungan hormat ke pejabat. Saya katakan kepada Anwar, ‘maaf Anwar, saya sekarang adalah perdana menteri’.

“Saya katakan kepadanya lagi bahawa beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri sekiranya masih bersama dengan DAP kerana orang Melayu akan tolak awak bersama-sama dengan DAP,” dakwa beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sekiranya Anwar dilantik sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Anwar mungkin berdepan situasi sukar kerana sudah 20 tahun meninggalkan pentadbiran kerajaan.

“Dia akan kata dia mampu untuk menjadi perdana menteri, saya tidak nafikan. Tetapi kalau sudah 20 tahun meninggalkan pentadbiran kerajaan dan hendak kembali sebagai perdana menteri saya fikir ia agak sukar.

“Ini kerana beliau harus memahami segala dasar dan tindakan (kerajaan yang terkini). Kalau tidak ada pengalaman-pengalaman tertentu untuk menguruskan negara, kita mungkin berhadapan dengan risiko besar,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin yakin Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengalahkan Anwar dan seterusnya menang di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

Selain Anwar, kerusi berkenaan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ahmad Faizal selaku penyandang, dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional) serta calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Abdul Rahim Tahir.

BACA:

Maria Tunku Sabri kecam Air Asia, ini “Delay Asia!”

Fasha Sanda dikecam sambut Holloween dengan anak pakai baju ‘syaitan’

Tak puas hati ayam KFC, ini cara kalau nak tukar, pastikan ‘juicy’