Terkini!!! Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu meninggal dunia

Terkini!!! Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia.

Innalillahiwainnailaihirojiuunnn….. Smg Allah permudahkan segala urusan jenazahnya, Allah tempatkan rohnya bersama roh orang2 yang soleh,

Allah sediakan jannatul firdaus buatnya dan Allah kurniakan semua kebaikan di sisiNya buatnya.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.

Menurutnya, seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani.

“Betul saya sahkan. Beliau meninggal dunia pada pukul 2.45 petang tadi,” katanya.

Allahyarham yang berusia 82 tahun dan isteri, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah disahkan positif Covid-19 dan mereka dikatakan dirawat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu, tular satu mesej di WhatsApp menyatakan Mufti Perak itu positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, bagaimanapun beliau dilaporkan masih dalam keadaan sedar

Berita Lanjut Menyusul….

Sumber:

COMMENTS