Mp Kota Bharu tawar RM20 jika lengkapkan dos vaksin Covid-19

Mp Kota Bharu tawar RM20 jika lengkapkan dos vaksin Covid-19

Semua penduduk di Parlimen Kota Bharu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan menerima saguhati bernilai RM20.

Saguhati itu antara usaha Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menarik orang ramai mendapatkan suntikan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Bharu, Suhaimi Mat Zin berkata, saguhati itu akan diberikan bermula 30 Mei ini.

“Mereka yang melengkapkan suntikan itu perlu mengemukakan pengesahan suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi Mysejahtera,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, selain itu warga Kota Bharu perlu membawa kad pengenalan untuk semakan bahawa mereka merupakan penduduk di kawasan Parlimen tersebut.

Katanya, tuntutan ini boleh dibuat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 09-7473688.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140991/KHAS/Covid-19/Parlimen-Kota-Bharu-tawar-RM20-lengkapkan-dos-vaksin-Covid-19

COMMENTS