Model tolak lamaran sebab hadiah “tidak menarik’

Model  tolak lamaran sebab hadiah “tidak menarik’

Wanita tolak lamaran sebab hadiah “tidak menarik’.Seorang model menolak lamaran seorang lelaki yang mahu memberikannya 200 ekor unta sebagai mas kahwin kerana tidak tahu cara menjaga haiwan itu, lapor laman berita World Today semalam.

Ishita Gupta, yang dilamar seorang lelaki yang tidak dikenalinya turut menyifatkan hadiah tersebut sebagai ‘tidak menarik’.

“Saya tidak tahu di mana mahu meletakkan unta-unta itu sekiranya saya menerima mas kahwin berupa 200 ekor unta,” katanya.

Dia yang turut menguruskan operasi penternakan haiwan berkata, meskipun merupakan seorang pencinta haiwan, dia tidak tertarik dengan unta.

“Unta merupakan haiwan yang perlu dijaga dengan teliti dan saya tiada pengalaman,” katanya.

Ishita berkata, dia sering ditawarkan hadiah mahal oleh jejaka-jejaka yang berminat untuk menjadikannya sebagai isteri.

BACA: iPhone Menggunakan Port USB-C Pertama Dunia Berjaya Dijual

COMMENTS