Modal RM8 juta tapi kutipan RM12 juta pun belum balik modal, ini puncanya

Modal RM8 juta tapi kutipan RM12 juta pun belum balik modal, ini puncanya.Industri filem di Malaysia ini bukanlah besar mana, pusing-pusing akan bertembung juga. Dari filem santai, cinta, kekeluargaan, rempit, seram dan banyak lagi genre, membuatkan penonton boleh memilih yang mana digemari mereka.

Malah hasil titik peluh pasukan produksi, pengarah, pelakon dan lain-lain ini terkadang membuatkan mereka puas bila karya mereka pecah panggung dan dipuji. Terbaharu yang menjadi bualan hangat ramai, filem Mat Kilau. Sehingga Isnin, kutipan bagi filem Mat Kilau lebih RM12.8 juta.pembikinan filem Mat Kilau

Difahamkan modal dikeluarkan untuk filem ini adalah RM8 juta. Ramai yang menganggap filem ini sudah balik modal dengan pendedahan jumlah kutipan. Namun semuanya nampak indah secara kasarnya. Baru-baru ini selaku salah seorang figura dalam industri, Mawi jelaskan kira-kira mengapa sebenarnya masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau.

Berikut adalah video penjelasan dari Mawi yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya:

Antara penjelasanya adalah cukai hiburan yang perlu dibayar 25% dari jumlah kutipan. Selain itu, hasil kutipan ini juga perlu dibahagikan 50% bersama dengan syarikat pawagam.

Modal RM8 juta tapi kutipan RM12 juta pun belum balik modal, ini puncanya

Ini menjelaskan mengapa masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau. Berikut antara reaksi warganet selepas mendengar penjelasan tersebut:

“Cantik ahh..Bagus educate rakyat kita. Baru la jadi marhaen yang bijak”

@cahayaasmawi FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia ♬ original sound – cahayaasmawi

BACA:

Penunggang Agama di India vs Penunggang Agama di Malaysia

Rider luar negara ‘kondem’ jalanraya berlubang di Malaysia

‘Pawang Diraja’ mohon maaf kepada Ustaz Kazim Elias