Modal RM50 je, brader ni jackpot RM70 juta

Modal RM50 je, brader ni jackpot RM70 juta. Pemuda menang jackpot RM70 Juta, terbesar dalam sejarah Malaysia, modal RM50 sahaja. Seorang ahli perniagaan di Pulau Pinang terkejut apabila dia berjaya memenangi loteri berjumlah RM69,637,527.25 juta sekaligus menjadi nilai duit kemenangan yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah pemenang loteri di Malaysia.

Lelaki tersebut telah memenangni hadiah utama Grand Toto, 13 September lalu sebelum menuntut wang tersebut dua hari kemudian.

Pemuda menang jackpot RM70 Juta, terbesar dalam sejarah Malaysia, modal RM50 sahaja

Menariknya, lelaki berusia 40 tahun itu hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri tersebut.

Hanya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, dia mengakui sekadar menggunakan nombor plat kenderaan namun gagal membuahkan hasil.

Modal RM50 je, brader ni jackpot RM70 juta

“Satu hari saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas jadi disebabkan terlalu sesak saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.

“Sedang saya memandu kebetulan ternampak kedai Sport Toto lalu saya mencuba nasib kerana teringatkan sahabat-sahabat saya bercakap tentang loteri Toto terbesar.

“Ketika itu kali pertama saya membelanjakan RM50 b bagi membeli Lucky Pick,” katanya kepada akbhar News Strait Times (NST).

Difahamkan, dia tidak memeriksa tiket itu pada malam pemenang diumumkan namun kawannya memberitahu pemenang tersebut berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak memikirkan loteri itu sehinggalah tiba-tiba ia terlintas dalam fikiran untuk memeriksa tiket. Saya yakin telah menang apabila dua nombor terakhir saya sepadan dengan nombor pemenang.

“Saya bersama ahli keluarga mulai menjerit dan berlari sekitar rumah,” tambahnya.

Lelaki bertuah itu menjelaskan bahawa akan menggunakan wang hadiah sejumlah RM69,6 juta itu untuk pertubuhan kebajikan, menyelesaikan pinjaman dan seterusnya membuat pelaburan dalam hartanah.

Nilai terbesar yang pernah dimenangi sebelum ini ialah RM57 juta dalam lotero Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

BACA:

Rakyat Malaysia dedah nyaris ‘dijual’ sindiket, warga tempatan bantu..

Umur baru 34, rupanya ini kerja gadis ini sampai mampu ada helikopter dan bank sendiri

Panas !!! Menteri PN hantar surat ke Istana, perkara ini mungkin berlaku