#MITI kini trending di laman Twitter

#MITI kini trending di laman Twitter

Perkataan akronim tanda pagar MITI atau nama lengkapnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sohor kini di laman Twitter apabila diciap lebih 23,000 kali oleh pengguna media sosial itu sejak semalam.

Kebanyakan mereka memberi respons terhadap pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pembatalan surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan MITI bermula esok.

Ismail menjelaskan permohonan perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian berkaitan dan Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja hari ini.

“Saya rasa tidak adil menuduh MITI memberi kebenaran kepada sektor yang mengisytiharkan mereka sebagai sektor penting. Pusat beli-belah, perkhidmatan salun dan spa tidak dibuka adil bukan?” ujar seorang pengguna bernama Oden Fujiyama.

“Pejabat sedang mohon MITI,” ciap seorang pengguna bernama Farahin.

“Ada mana-mana syarikat yang sudah berjaya mendapat kelulusan dari kementerian masing-masing kecuali MITI?” soal pemilik akaun @FSTiblanie.

Sementara itu, MITI dalam ciapan di laman Twitter rasminya berkata, mana-mana surat beroperasi dari Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) untuk syarikat yang tidak dibenarkan beroperasi akan dibatalkan selepas proses tapisan dilakukan.

“Sistem CIMS 3.0 hanya untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan. Permohonan sektor lain perlu dirujuk kepada Kementerian-kementerian masing-masing.

“Sektor Pembuatan memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan produk-produk kritikal penjagaan kesihatan seperti ventilator yang amat diperlukan hospital-hospital pada waktu ini,” katanya

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/miti-sohor-kini-di-twitter/

COMMENTS