Misteri Sotong gergasi Laut Merah dikenali pasti sebagai ‘purpleback’

Misteri Sotong gergasi Laut Merah dikenali pasti sebagai ‘purpleback’

Misteri Sotong gergasi Laut Merah dikenali pasti sebagai ‘purpleback’. Seekor haiwan gergasi yang ditemui di Laut Merah akhirnya dikenal pasti sebagai sotong yang saiznya lebih besar daripada manusia.

Haiwan itu dikenal pasti pada bulan lalu sebagai sotong ‘purpleback’ terbang pada kedalaman lebih 853 meter.

Ia dikenal pasti selepas melihat rakaman video yang dirakamkan menerusi piring selam kawalan jauh (ROV).

Piring selam itu boleh menyelam sehingga hampir 6,000 meter.

Ketika melakukan misi itu, kumpulan berkenaan menaiki kapal Ocean Xplorer.

Ia merupakan kapal seberat 40 tan dan dilengkapi dengan peralatan ROV.

Rakaman itu dilakukan pada tahun lalu oleh sebuah kumpulan dikenali sebagai Ocean X.

Kumpulan itu terdiri daripada sekumpulan ahili- ahli biologi, media dan pembikin filem.

Ketika rakaman itu dibuat, kumpulan tersebut mahu meneroka Laut Merah yang terletak antara Afrika dan Asia dan mencari bangkai kapal ‘Pella’.

Dalam misi untuk mencari bangkai kapal ‘Pella’ yang karam pada November 2011 itu, anggota-anggota kumpulan tersebut mengesan kehadiran sotong gergasi yang sedang menyelam.

Jenis sotong itu masih belum diketahui sehingga ia dikenal pasti pada bulan lalu.

Kapal ‘Pella’ karam pada November 2011 ketika belayar ke Pelabuhan Nuweiba, Mesir.

Ketika karam, ia membawa 1,229 penumpamg tetapi karam di luar pantai Aqaba, Jordan selepas terbakar tetapi hanya seorang sahaja yang maut dalam kejadian itu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/sotong-gergasi-misteri-laut-merah-dikenali-pasti-sebagai-purpleback-324688

BACA: Isteri goreng ikan arowana milik suami kerana enggan cuci akuarium

COMMENTS