Misteri !!! Orang ramai jumpa mayat “terbakar” terbaring tepi jalan di Terengganu

Misteri !!! Orang ramai jumpa mayat “terbakar” terbaring tepi jalan di Terengganu

Polis tidak menolak kemungkinan mayat yang ditemukan tanpa identiti di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus kelmarin dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ia berdasarkan keputusan bedah siasat yang diperoleh daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah petang semalam.

“Siasatan awal kita percaya bahawa mangsa dibunuh dahulu di tempat lain dan dibawa ke lokasi sebelum dibakar. Kita juga masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah lelaki atau wanita. Mengenai perkembangan siasatan, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan kita sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk punca kematiannya.

“Setakat ini, kita tidak menemui apa-apa petunjuk namun akan melihat kepada senarai kes orang yang dilaporkan hilang di negeri ini.

“Pada masa sama, kita minta orang awam membuat laporan polis sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Marzukhi berkata, pihaknya turut meminta semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menganggu siasatan.

“Sebelum ini, tular satu rakaman suara menerusi WhatsApp mendakwa suspek sudah ditangkap dan identiti mangsa yang dikatakan dibunuh selepas melarikan duit milik suspek sedangkan berita itu tidak tepat.

“Jadi kita minta hentikan tindakan seperti itu dan tindakan undang-undang boleh dikenakan bagi mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu,” katanya

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/696494/misteri-mayat-tepi-jalan-mangsa-dibunuh-sebelum-dibakar

COMMENTS