Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia

Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia

Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia.Para pakar arkeologi telah berjaya menggali bahagian baru menara Aztec yang terkenal. Ia masih dianggap penemuan paling ‘gila’ kerana menara ini dibina dari tengkorak manusia.

Menurut Reauters, menara tengkorak ini dipercayai dibina dari tahun 1400-an dan bertapak di bawah pusat Mexico City.

Tahun lalu pasukan ini berjaya menemui bahagian hadapan dan sisi timur menara tengkorak, serta 119 tengkorak manusia dari lelaki, wanita dan kanak-kanak. Jumlah itu telah menambah ratusan tengkorak yang ditemui sebelum ini, menurut Institut Antropologi dan Sejarah Nasional (INAH).

Menara tengkorak ini pertama kali ditemui pada lima tahun lalu dan mengikut data yang diberikan oleh pakar arkeologi, menara tengkorak mempunyai ukuran diameter sekitar lima meter (16,4 kaki), lapor Insider.

Dipercayai sebahagian dari Huey Tzompantli, menara ini dibina bertujuan untuk membuat penjajah Sepanyol yang dipimpin oleh Hernán Cortés pada tahun 1521 merasa takut ketika usaha mereka untuk merebut tanah yang kini dikenali sebagai Mexico.

Struktur menara yang berbentuk silinder ini berada di Katedral Metropolitan besar dan dibangun di atas Templo Mayor, salah satu kuil utama ibu kota Aztec Tenochtitlan, yang kini dikenali sebagai Mexico City moden.

Skull-Tower-Mexico-Dec12

“Templo terus mengejutkan kami, dan Huey Tzompantli tidak diragukan lagi adalah salah satu penemuan arkeologi paling mengesan dalam beberapa tahun terakhir di negara kami,” kata Menteri Kebudayaan Mexico Alejandra Frausto seperti dipetik di Daily Mail.

Difahamkan, para arkeologi telah berjaya mengenal pasti tiga fasa pembinaan menara yang berlaku di antara tahun 1486 dan 1502.

Penemuan ini jelas mengejutkan pakar apabila mereka bukan sahaja menemui tengkorak para pejuang lelaki, tetapi terdapat juga tengkorak wanita dan kanak-kanak.

2279e40166a182122166dcc4c187aeb0

“Kami tidak dapat menyatakan berapa banyak orang-orang ini adalah pejuang, mungkin beberapa [yang lain] adalah tawanan yang ditakdirkan untuk upacara pengorbanan,” kata pakar arkeologi Raul Barrera.

“Kami tahu mereka semua disucikan,” tambahnya. “Diubah menjadi hadiah untuk para dewa atau tambahan kepada personifikasi dewa itu sendiri.”

Sumber: https://www.thevocket.com/penemuan-paling-mengejutkan-misteri-menara-yang-dibina-dengan-tengkorak-manusia/

BACA: Wanita dihukum mati kerana mengaku sebagai Nabi

COMMENTS