Misteri gadis cantik di temui dalam hutan ketika bayi, ini kisahnya sampai kecoh satu kampung

Misteri gadis cantik di temui dalam hutan ketika bayi, ini kisahnya sampai kecoh satu kampung. Seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana digelar sebagai anak pontianak, lapor Tribun News.

Kanak-kanak perempuan yang bernama Tiara Kartika itu menjadi tular dengan gelaran ‘anak pontianak’, malah dia juga mempunyai raut wajah yang cantik dan membuatkan namanya sering disebut oleh warga Indonesia.

Kisah Tiara Kartika yang digelar ‘anak pontianak’ bermula apabila sebuah video yang dimuat naik oleh Karol Inoviani di saluran YouTube peribadinya pada 28 Julai lalu menjadi tular.

Penjaga Tiara yang bernama Nenek Nur berkata, dia menemui Tiara ketika masih bayi di tengah hutan. Kemudian Nenek Nur membawa Tiara pulang dan menjaganya sehingga dia dewasa.

Sehingga kini, masih tidak diketahui berapa umur sebenar Tiara, namun menurut Nenek Nur dia menemuinya pada 11 tahun lalu. Lokasi kediaman dan rakaman video itu juga tidak dapat diketahui.

Misteri gadis cantik di temui dalam hutan ketika bayi, ini kisahnya sampai kecoh satu kampung

Tiara mengakui dia pernah bersekolah sehingga darjah tiga di sekolah rendah. Namun dia kemudiannya berhenti kerana sering dibuli oleh rakan sekelasnya dan mereka memberi jolokan sebagai ‘anak pontianak’ kepadanya.

Menurut Tiara, panggilan itu diberi selepas mereka melihat Tiara sedang dalam keadaan khayal dan bercakap sendirian.

“Sebab saya khayal dan bercakap seorang diri,” kata Tiara dalam video yang dipunggah ke YouTube dengan tajuk “Anak angkat Kuntilanak!! Tiara ialah gadis cantik yang ditemui oleh nenak 11 tahun lalu di tengah hutan”.

Tiara juga mengakui bahawa mereka yang sering membulinya akan ditimpa musibah pada kemudian hari.

“Ada yang terkena musibah, ada juga yang mati,” sambung Tiara dalam video tersebut.

Menurut Karol pemilik video tersebut, dia mendedahkan Tiara adalah manusia yang sebenar dan bukan kuntilanak.

BACA:

Jururawat sengaja suntik insulin pada bayi baru lahir didakwa

Bekas Adun Amanah umum tidak bertanding, akui kesilapan lompat parti

‘Tiada Masalah’, ini komen Tun M mengenai kerjasama politik dengan Anwar dan PH