Misteri Enjin Motor Hidup Sendiri, “Benda Seram Jadi Kelakar..”

Misteri Enjin Motor Hidup Sendiri, “Benda Seram Jadi Kelakar..”

Misteri Enjin Motor Hidup Sendiri, “Benda Seram Jadi Kelakar..”.Buat yang pernah mengalami kejadian aneh dan mistik pastinya faham perasaan ketika situasi itu berlaku. Malah sememangnya makhluk halus wujud dan bergantung kepada kepercayaan masing-masing untuk menilai kejadian misteri sebegini.

Malah baru-baru ini satu perkongsian rakaman kejadian dikatakan mistik telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan individu menunjukkan kunci motor di tangannya. Namun apa yang membuatkan ianya jadi tanda tanya apabila enjin motor milik individu tersebut hidup dengan sendirinya.

Kejadian pelik ini membuatkan pemilik rakaman serta orang ramai tertanya-tanya bagaimana enjin motor tersebut hidup sendiri. Di ruangan kapsyen, pemilik akaun TikTok dengan nama akaun mohammadhusaini2 ini memberitahu ini bukan kejadian aneh pertama dilaluinya.

Menurutnya dia baru pindah masuk ke rumah tersebut. Sebelum ini paip air terbuka sendiri dan kali ini motorsikal pula. Berikut adalah kongsi video enjin motor hidup sendiri ini:

Perkongsian rakaman video enjin motor hidup sendiri ini telah meraih lebih 64 ribu tontonan dan 3,000 likes. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Dia nak test mesen je tu. Nanti dah bosan dia matikan la enjin tu”

@mohammadhusaini2Rumah baru pindah , mula mula main paip air. Lepastu main motor pulak. Nak ajak race agaknya. 😰♬ Amityville Theme – Sounds of Terror

Enjin Motor Hidup Sendiri 4

“Aiyooo. Ko kasi penuh minyak tu. Pandai2 nak start..Ko duit pun daun. Bukan pakai RM banyak cekadak punya saiton”

Enjin Motor Hidup Sendiri 4

BACA: Empat lagi pelajar Kes buli rakan setingkatan ditahan

COMMENTS