Misteri Cahaya Seakan ‘Bola Api’ Di Langit Bikin Penduduk Cemas

Misteri Cahaya Seakan ‘Bola Api’ Di Langit Bikin Penduduk Cemas

Misteri Cahaya Seakan ‘Bola Api’ Di Langit Bikin Penduduk Cemas.Satu rakaman kemunculan ‘bebola api’ berwarna merah di langit malam menjadi tular di media sosial negara seberang. Menurut SuaraJabar.id, kejadian itu dipercayai dirakam di daerah Jawa Barat berikutan kedengaran percakapan dipercayai Bahasa Sunda.

Menerusi video tersebut, kelihatan objek seperti bola itu membuatkan para penduduk tertanya-tanya. Rakaman yang dimuatnaik oleh laman @infojawabarat itu telah mendapat lebih 139 ribu tontonan di laman Instagram.

“Allahuakbar, Allahuakbar, apa tu?” Kata seorang wanita didalam video seperti diterjemah portal berkenaan.

Wanita itu kemudiannya bertanya jika objek tersebut merupakan meteor atau sebaliknya.

Bola Api

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFO JAWA BARAT (@infojawabarat)

Malah, beberapa individu juga dilihat melarikan diri dipercayai ketakutan menyaksikan kejadian itu.

Memetik portal berkenaan, sebahagian netizen mengaitkan bebola api berkenaan dengan banaspati atau jin yang menyerupai bola api terbang. Ia dipercayai merupakan medium untuk menghantar santau kepada mangsa.

Selain itu, ada juga penonton yang percaya ia adalah suar yang menghasilkan cahaya terang tersebut.

BACA: 12 remaja kantoi lepak sambil hisap dadah dikompaun

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/20/misteri-cahaya-seakan-bola-api-di-langit-bikin-penduduk-cemas-timbulkan-tanda-tanya/

COMMENTS