Misteri air bewarna merah dalam longkang, sah ada DNA babi

Misteri air bewarna merah dalam longkang, sah ada DNA babi. Misteri penemuan air berwarna merah di dalam longkang yang mengalir ke Sungai Rambai, iaitu satu-satunya sungai tercemar yang berada pada Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan terjawab selepas laporan analisis makmal diperoleh.

Dua minggu tempoh masa diambil untuk menanti keputusan ujian sampel dan sebaik menerima keputusan ujian itu, ternyata lokasi mengalir air berwarna merah dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi manakala di Sungai Rambai berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Merah Site A tidak dapat dikesan berkemungkinan ianya sudah terurai.

Misteri air bewarna merah dalam longkang, sah ada DNA babi

Tahap pencemaran sungai itu juga sangat tinggi di mana koliform najis di dalam sungai adalah sebanyak 6.4 juta colony forming unit (cfu)/100 mililiter (ml) iaitu nilai mengatasi Kelas Lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.

Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml dan langsung tidak sesuai untuk sentuhan manusia kerana nilai bakteria sangat tinggi dan boleh mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.

BACA:

Tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan September 2022

e-Pengeluaran KWSP : Mohon sekarang, boleh keluar bila-bila masa

Terjumpa RM150 ribu dalam almari, tindakan pekerja pindahkan barang ini mengejutkan ramai