Misi ‘Jihad’ Dipertikai, Caprice Jawab Persoalan Netizen

Misi ‘Jihad’ Dipertikai, Caprice Jawab Persoalan Netizen

Misi ‘Jihad’ Dipertikai, Caprice Jawab Persoalan Netizen.Sebut mengenai Caprice pasti ramai yang cukup mengenalinya. Tampil dengan pelbagai kontroversi sejak berada sejak beberapa bulan terakhir ini dalam misi untuk memasuki Gaza membuatkan ramai mengikuti perkembangan beliau.

Pada minggu ini, beliau sekali lagi menjadi bualan netizen apabila beliau yang disangka menjalankan misi kemanusiaan tampil dengan sebuah teaser muzik video menaiki Range Rover di padang pasir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terbaharu, penyanyi lagu Xde Hal Bro ini dilaporkan telah berjaya menjejakkan kaki di Malaysia setelah hampir dua bulan di Timur Tengah. Beliau juga turut membuka ruangan soalan buat para netizen di Instagram di mana beliau dihujani dengan pelbagai soalan menarik.

Menjawab tujuan lancarkan muzik video dan kaitan dengan jihad

Misi

Antara soalan yang menarik perhatian ramai sudah pastinya soalan kiriman seorang netizen yang bertanyakan tujuan beliau ke Timur Tengah untuk menghasilkan muzik video.

Soalan tersebut nyata dipilih Caprice di mana beliau memilih pendekatan yang sama pernah dilakukan beliau di Malaysia iaitu dengan menghasilkan lagu dan muzik video untuk menarik perhatian anak muda. Strategi ini dikatakan telah digunakan beliau menerusi lagu Koyak yang dibawakan oleh beliau bersama Meerfly.

Caprice turut memaklumkan usaha jihad bakal dilakukan setelah beliau berjaya mendapat perhatian anak muda di Timur Tengah.

Dimaklumkan tujuan muzik video terbaru beliau bukannya disasarkan buat penonton di Malaysia sebaliknya beliau mensasarkan penonton di Timur Tengah. Berikut merupakan soal jawab dikongsikan Caprice pada Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Tidak terkesan dengan hinaan dan makian netizen
Melalui perkongsian di Instagram Stories, Caprice juga turut mengakui beliau tidak terkesan dengan hinaan dan makian netizen.

Muzik video Tiger of Al-Quds dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2021 ini dan dijangka bakal menjadi titik mula Caprice untuk berjihad selepas berjaya menjalin hubungan Kedutaan Palestin serta rakan-rakan di Palestin dan Jordan.

Sumber: https://www.thevocket.com/misi-jihad-dipertikai-caprice-jawab-persoalan-netizen-rakam-muzik-video-di-timur-tengah/

BACA: Nak menunjuk sekali terciduk pulak

COMMENTS