Miliki PhD pada usia 27 tahun,

Miliki PhD pada usia 27 tahun, Seorang bekas pelajar MRSM ini kongsi pengalaman beliau berjaya memiliki PhD pada usia 27 tahun.

Bagi Muhammad Syahmeer How bin Mohd Firdaus How beliau berkata Setiap manusia dikurniakan rezeki yang berbeza, tidak kiralah daripada segi kewangan, keluarga, kesihatan mahu pun pendidikan.

Beliau berterima kasih kepada Guru yang pernah mendidik beliau, Dr. Zulkifli Hussain dan berbangga dengan anak muridnya ini dan dia sendiri membuat perkongsian tentang Syahmeer di laman Facebooknya.

Menurut Dr. Zulkifli, Syahmeer menuntut di MRSM Transkrian, Pulau Pinang sewaktu Tingkatan 1 hingga 3 dan memperoleh keputusan 8A dalam PMR 2008. Tingkatan 4 dan 5 pula, Syahmeer berpindah ke MRSM Tun Ghadar Baba, Melaka dan meraouh keputusan 6A+ 3A bagi SPM 2010.

Selepas menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Syahmeer diberi tawaran oleh Professor di Massey University untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan geran penyelidikannya sendiri.

Miliki PhD pada usia 27 tahun,

Kajian PhD tersebut adalah tentang menggunakan konsep dan teori asas dalam kejuruteraan kimia untuk memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.

Dr. Zulkifli juga turut berkongsi antara tip yang dilakukan oleh Syahmeer bagi menamatkan pengajian PhD sewaktu usia muda.

1. Kerap berjumpa dengan penyelia (supervisor). Syahmeer akan bertemu dengan keempat-empat supervisor seminggu sekali untuk membincangkan tentang struktur dan hasil kajian. Penting untuk memastikan kajian kita ada kemajuan setiap minggu walaupun sedikit.

2. Sering berinteraksi dengan pelajar yang lain disebabkan pengajian PhD adalah perjalanan yang sunyi, mudah untuk hilang motivasi terutamanya apabila hasil kajian kita ‘gagal’ atau tidak seperti yang dirancangkan. Tip beliau adalah untuk sentiasa kongsikan masalah kajian bersama rakan-rakan PhD yang lain kerana lebih senang untuk menghadapi masalah itu bila kita tahu orang lain pun sudah melalui masalah yang sama.

3. Berani mengambil inisiatif. Semasa di tahun kedua PhD, kerja penyelidikannya tergendala untuk seketika apabila dia diujia dengan dugaan besar di mana ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Disebabkan itu, walaupun sudah berada di tahun ketiga, Syahmeer tidak lagi mempunyai hasil yang cukup, ditambahkan pula dengan peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti.

Kebetulan juga pada masa itu, dia diberi peluang untuk membentang sebahagian dari penyelidikannya di konferens antarabangsa di Nottingham, United Kingdom. Melalui konferens tersebut, dia sempat berjumpa dengan beberapa penyelidik terkemuka di dalam bidang kajiannya yang kebetulan juga mempunyai peralatan tersebut di makmal mereka.

Hasil daripada perjumpaan itu, dia ditawarkan untuk menjalani kajian di Paris, Perancis selama tiga bulan di mana hasil kajian tersebut memberi impak yang besar dalam kejayaan PhDnya itu.

4. Amalkan kehidupan yang seimbang PhD memerlukan penjanaan dan perkembangan idea yang berterusan, terutamanya apabila sudah sampai tahap penulisan tesis. Bagi Syahmeer, idea lebih mudah untuk keluar dengan fikiran tenang dan segar. Cara paling mudah ialah dengan bersukan dan sering mengambil percutian yang jauh dari tempat belajar.

BACA:

Walaupun gula-gula tapi hukum tetap hukum, trend berniaga cedok-cedok dikritik

Genneva Gold : Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok