Mia Ahmad kongsi hal rumahtangga bersama penjaga gol JDT, tak sangka..

Mia Ahmad kongsi hal rumahtangga bersama penjaga gol JDT, tak sangka.. Pelakon, Mia Ahmad, tampil berkongsi detik sepanjang dua tahun yang lalu bersama suami tercinta yang juga penjaga pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi, dalam mempelajari kitab suci Al-Quran.

Menerusi entri Instagram (IG), pelakon drama Hati Perempuan itu ada memuat naik satu perkongsian video yang memperlihat suaminya sedang membaca Al-Quran menerusi kelas secara atas talian yang disertainya.

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Perkongsian ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan.

Mia Ahmad kongsi hal rumahtangga bersama penjaga gol JDT, tak sangka..

“Ya tapi cuma ingin berkongsi perjalanan kami bersama sempena bulan Al- Quran ini

“Dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami berdua. Terima kasih ustaz,” katanya di IG.

Mengulas lanjut, Mia menitipkan rasa kesyukuran apabila dia dan suami kini mampu membaca kitab suci itu.

“Saya juga nak kongsi, tak pernah saya bayangkan kami akan ada detik berdua belajar Al-Quran bersama-sama.

“Walaupun sudah boleh baca, kami mula dari Iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca.

“Saya ni mudah terhibur jadi selalulah rasa nak tergelak bila turn suami baca,” ujarnya.

Mia bagaimanapun memaklumkan perkongsian tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk, malah ia sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada keluarga di luar sana.

Akhir coretannya, dia menitipkan doa buat semua agar dapat menjadi insan yang lebih baik selepas bulan yang mulia ini.

“Yang pasti ini lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami, ya saya tahu hangpa (kamu) tidak mahu tahu pun…

“Cuma berkongsi, berharap dapat memberi inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita
menuju Jannatul Firdausi. Amin.

“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadan ni Insya-Allah,” coretnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen positif selain mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata..

TONTON:

BACA:

Kerajaan umum permohonan laptop dan tablet percuma dibuka, ini cara mohon

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

Harga makanan di bazar Ramadan naik ‘menggila’, “peniaga nak pergi haji balik hari?”