Mia Ahmad digelar makcik, ini jawapan padu Mia

Mia Ahmad digelar makcik, ini jawapan padu Mia. Semenjak mendirikan rumah tangga dengan pema1n bola $epak pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDTII), Izham Tarmizi, pelakon Mia Ahmad sudah jarang muncul di televisyen.

Bagaimanapun, pelakon itu tetap aktif di media s0sial berkongsikan perkembangan terbarunya untuk tatapan para peminatnya.

Sejak kebelakangan ini, penampilan Mia menjadi perhatian ramai dan menerima pujian apabila dilihat tampil memakai tudung labuh menutup d4da.

Menerusi satu perkongsian, Mia berkata ada netizen mengatakan penampilannya yang bertudung labuh seperti makcik-makcik dan tidak moden.

Bagaimanapun, Mia berkata apa yang dipakai adalah kerana Allah. Ujarnya, ada juga mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak akan kekal lama dan suami tidak akan menyokongnya.

Mia Ahmad digelar makcik, ini jawapan padu Mia

Menurut Mia, meskipun ada kata-kata negat1f dilemprkan namun dia kvatkan hati kerana dia tahu apa yang dilakvkannya itu adalah perkara yang baik. Kata Mia lagi, dia mengubah cara pemakaiannya itu adalah kerana untuk menjadi insan lebih baik dan bukan mahu nampak baik.

“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.

Perkongsian Mia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pelakon itu supaya tidak pedulikan kata-kata negat1f serta mendoakan agar terus istiqamah.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham Tamiri pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.

BACA:

Ramai B40 dan M40 bakal miskin lepas bersara, ini puncanya

As Feminin, ini penampilan terkini dirinya buat ramai terkejut

Ramai salah sangka bila lihat gambar Anna Jobling dengan ibunya ini