MET Malaysia ramal Ribut petir di beberapa tempat esok

MET Malaysia ramal Ribut petir di beberapa tempat esok

MET Malaysia ramal Ribut petir di beberapa tempat esok.Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, iaitu di Perak dan di pantai di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, pagi esok.

Pada masa sama, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di kawasan pantai di Selangor dan Johor.

Tiada hujan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, hujan dijangka berlaku pagi esok di beberapa tempat di Kudat, manakala tiada hujan dijangka di kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan di Sabah, Labuan serta di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Menurut laporan berita harian, Pada tengah hari, MET Malaysia menjangka ribut petir berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah dan di beberapa tempat di Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur serta di satu dua tempat di kawasan pedalaman Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, jabatan itu juga menjangkakan hujan berlaku di satu dua tempat di Terengganu dan kawasan pedalaman Perak, manakala tiada hujan di Putrajaya dan Melaka.

MET Malaysia juga menjangkakan ribut petir berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan di Sabah di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak pada tengah hari esok, dan tiada hujan di Tawau, Kudat dan Labuan serta di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak.

Ribut petir juga dijangka berlaku pada sebelah petang di satu, dua tempat di Perlis dan Pulau Pinang dan pedalaman Kedah dengan hujan di beberapa tempat di Terengganu dan Pahang serta di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tiada hujan dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Pada masa sama, hujan dijangka berlaku petang esok di satu dua tempat di pedalaman Sabah dan Kudat serta Labuan dan tiada hujan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Tawau dan Sandakan.

Hujan juga dijangka berlaku di satu dua tempat di Miri dan Limbang, manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

BACA: Mangsa banjir di Teluk Intan di laporkan meningkat

COMMENTS