Mesir hukum gantung 8 warga asing ini sebabnya

Mesir hukum gantung 8 warga asing ini sebabnya

Mesir hukum gantung 8 warga asing ini sebabnya.MAHKAMAH di Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati kepada lapan warga asing dan dua warganegaranya selepas disabitkan bersalah tuduhan menyeludup lebih dua tan heroin melalui jalan laut, kata sumber kehakiman.

Pihak berkuasa merampas dadah yang dibawa menerusi Laut Merah itu, bernilai kira-kira AS$159 juta pada 2019.

Tujuh rakyat Pakistan, dua warga Mesir dan Iran disabitkan bersalah kerana membawa dadah, selain hampir 100kg syabu, dalam sebuah bilik stor tersembuni di dalam kapal berkenaan, kata sumber.

Hukuman bagi sabitan bersalah untuk rakyat biasa di Mesir, negara Arab paling tinggi populasi itu dijalankan dengan tali gantung.

Hukuman itu boleh dirayu dalam tempoh dua bulan.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan Mesir, yang merekodkan kenaikan hukuman mati kepada 107 tahun lalu, daripada 32 pada 2019.

Mesir adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang melaksanakan hukuman mati, selepas China dan Iran, menurut Amnesty International.

Sumber:

BACA: Bekas PA Serius Nak Kahwin Sebak ,Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan
BACA: Pekerja Swasta hangus duit kwsp 13k Untuk Khidmat Seks?
BACA: Panas!!! Pelakon kecewa dihalang rakam video ketika divaksin

COMMENTS